MumMyLuv_BAKERY

Welcome to our blog where we can share recipes and tips on baking cakes especially cheezzeee cakes of different flavours and tastes. And also family matters and activities. So enjoy your day with us...

cakesNtarts

To all valuable viewers and bloggers please spend a little spare time to see our list of cakes and tarts homely made of different flavours and taste which are so yummy.....and we do sale these cakes and tarts everyday at our place in Kilanas Jalan Ban 4. we do also prepare + (campur) for different occassion requested by the customers. if interested, feel happy to contact us at Kilanas 2670774 (R) / 8768367 / 8767273 or sms or email us at this address: assan4676@yahoo.com.

You all can view the lists and pictures on Blog Archive "cakesNtarts"

Monday, July 5, 2010

Roti Nasi





Resipi drp www.jintanmanis.com

Bahan-bahan ( utk satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan yis kering dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih (frothing).

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.

4. Rehatkan doh selama 1 jam (hingga dua kali ganda) dan setelah itu tumbuk doh untuk keluarkan angin.

5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat tiga.

6. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.

7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

8. Sedia utk dihidangkan dan roti ini memang lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner.

- Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.

Nota: Kalau takut doh tu telalu lembik, boleh kurangkan kuantiti air tu dalam 80 ke 90ml sahaja, dan bila menguli tu, masukkan nasi yang diblender bersama susu dan air tu sedikit demi sedikit, Selamat meroti ya kawan-kawan. : )

No comments: